Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (12)


Dalam setiap novel terdapat pelbagai peristiwa yang boleh diteladani oleh pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca.
[7 markah]

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kejujuran bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]
KELANTAN 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Pantai Kasih
Bimasakti Menari
-    Peristiwa: Raiha dan Uwang belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doctor.
Teladan: Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu agar cita-cita kita tercapai.
-    Peristiwa: Raiha merawat Unong Siron yang mengalami sakit di sendi tulang pinggulnya dan melakukan pembedahan kali keenam dengan penuh bertanggungjawab.
Teladan: Kita mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah.
-    Peristiwa: Dr. Raiha bertegas tidak mahu menggugurkan kandungannya walaupun telah dipaksa oleh suaminya.
Teladan: Kita mesti menjaga dan mengasuh anak dengan baik kerana anak merupakan anugerah Allah.
-    Peristiwa: Muhamad Taufik telah pergi ke stesen minyak Petronas untuk menemui lelaki yang tidak dikenali seorang diri dan akhirnya dia telah diculik.
Teladan: Kita perlu berhati-hati dan berwaspada sepanjang masa untuk menjaga keselamatan diri
-    Peristiwa: Nurul Hafsa kecewa kerana hanya dapat melihat enam ekor kelip-kelip di sungai Kampung Kuantan.
Teladan: Kita perlu menjaga alam sekita agar tidak berlaku kemusnahan habitat haiwan.
-    Peristiwa: Pn. Wickham telah berkirim salam dengan Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut rombongannya walaupun telah bercerai dengan Tan Sri Muhaimin.
Teladan: Kita perlu menjaga hubungan kekeluargaan agar bertambah erat

KELANTAN 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Pantai Kasih
Bimasakti Menari
-    Persoalan kejujuran dalam memberikan nasihat
Bapa Dr. Raiha pernah menasihati Raiha agar tidak memilih kerjaya sebagai doctor bedah keran kerjaya itu hanya sesuai untuk orang lelaki sahaja. Bapanya juga tidak pernah bersetuju dia berkahwin dengan Dr. Sadiz kerana sikapnya yang angkuh dan lebih tua daripadanya.
-    Persoalan kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab
Dr. Raiha menjalankan tugasnya sebagai seorang doctor dengan jujur. Atas arhan Dr. Uwang, Dr. Raiha terpaksa menjalankan pembedahan tulang pinggul Unong Siron Kali keenam. Beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan jujur dan sabar demi memulihkan penyakit yang ditanggung oleh Unong Siron.
-   Persoalan kejujuran seorang ibu untuk memulihkan kesihatan anaknya
Ibu Unong Siron telah menghabiskan wang pampasan kemalangan ke atas Unong Siron untuk merawat dan menyembuhkan penyakit anaknya.
-    Persoalan kejujuran mengakui kesalahan yang pernah dilakukan
Felicia Landosi telah meminta maaf daripada Dr. Raiha kerana pernah bersubahat atas kematian rahayu. Dia rasa bersalah dan telah menyesal atas perbuatannya.
-    Persoalan kejujuran anak muda untuk melestarikan alam sekitar
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik telah berusaha untuk mengembalikan langit gelap Kualau Selangor agar dapat mengembalikan bintang-bintang di langit Kuala Selangor dengan mengadakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor serta mencadangkan penggunaan lampu-lampu full cuf off. Mereka juga mahu memastikan habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan tidak musnah. Muhammad Taufik telah memagar sungai kawasan habitat tersebut agar tidak dimasuki oleh pelancong. Mereka melakukan usaha ini secara jujur demi melestarikan alam sekitar.
-    Persoalan kejujuran seorang wanita untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar kepada anak-anak
Pn. Maryam Wickham merupakan seorang aktivits alam sekitar yang sangay gigih sehingga sanggup membawa rombongan seramai 25 orang kanak-kanak dari Jepun untuk melihat bintang-bintang di Kuala Selangor. Beliau sentiasa memberikan sokongan kepada Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar.
-    Persoalan kejujuran dalam menjalankan tugas
Nurul Hafsa yang bertugas sebagai seorang pegawai sains di Balai Cerap sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor telah menjelaskan kepada ombongan kanak-kanak dari Jepun yang tidak dapat mencerap bintang di Balai Cerap akibat cahaya di langit yang sangat terang. Beliau berjanji akan berusaha untuk memulihkan langit di Kuala Selangor supaya kembali gelap.


.